Assalamualaikum , hai dah lama tak post entri tentang information rasanye hmhm
Sya baru habis interview IPG tengah hari tadi , dekat area Kuala Lumpur .. takut lupa baik share kan .. macam korang tau sharing is caring heheh
tarikh keramat ni yang buat perasaan tu berdebar dari semalam lagi takut sgt , hmhmhm.. Alhamdulillah dah lepas ni rasenye nyaman gitu .
okey , malas nak bebel panjang-panjang .
Sya amik dalam BIDANG ----> BAHASA MELAYU (SK)
selepas korang dah lepas ujian fizikal serta bertulis , korang akan diuji dengan ujian lisan. so sedia lah apa yang patutye .. banyakkan membaca tentang ; sekolah wawasan, sekolah penyayang dll
disebabkan Sya dah lepas kedua-duanya so , road to lisan lah kan.
START !!
Sya punya berkumpulan , disebabkan sessi kedua lambat jugak lah tunggu sessi 1 habis. satu sessi lebih kurang dalam 1 jam 30 minit. kalau korang ade tengok blog lain , die ade ckp macam ni ;
1. pakai baju kena macam ciri-ciri seorang guru. yang perempuan standard lah pakai baju kurung dengan tudung, kasut bertumit jgn lupe plak . kalau lelaki pakai baju kemeja,seluar slack and tie, kasut bertumit jugak sikit.
2. lagi advance kalau ade , tag nama . alah yang korang kawat kaki sekolah dulu-dulu kan ade. lepas tu pakai blazer. wah sungguh cantik hensem ^^
3. kalau disuruh duduk baru duduk.
4. jgn lawan penemuduga ! akur je ye.
5. jgn mencelah time member grup tu tengah cakap.
6. level confident kena tinggi.
7. jgn gelojoh sgt nak jawab soalan sampai .. gagap sikit-sikit : a a saya blablabla nak a a. cakap bia lambat asal selamat. jgn buat slow motion pulak. susun kata-kata tu nak ckp.
8. kita kena paling menyerlah dalam grup. sebab penemuduga tu yang nak tgk kita bercakap.
9. sebelum terlupa susun file ikut ape yang dia minta , jgn lupe kena ade yang asal dengan copy punya tau . bukan soft copy tapi hard copy . kena ade jugak pengesahan pada yang copy tu .
Soalan Penemuduga ;
kadang-kadang diaorang ade main pyscho jugak , so get ready mental fizikal ye . kena kuat !
Bahagian 1:
1. Terangkan pasal diri anda.
so korang terang jelah ikut borang korang tu pon tak pe. alah borang yang korang isi time nak masuk temuduga tu.
2. Apa special nye anda.
ni terang kenapa nak sgt jadi cikgu , kelebihan korang ape ?
3. Kenapa nak sangat amik IPG ni dan hasrat.
ni pandai-pandailah sebab apa ye? sebab ni ikut oranglah kan ~
Bahagian 2:
Anda akan diberi 1 kertas mahjong dan pen marker. Penemuduga bagi soalan dalam bentuk gambar rajah , then dalam grup bincangkan tentang mesej tersirat yang ingin disampaikan dalam gambar. dan kaitan gambar tersebut dengan profesion sebagai seorang guru. lepas tu, grup tu kena bentang depan penemuduga. ingat semua kena ckp bagi idea dan sebagainya.
Bahagian 3:
Ada seorang petani yang ingin menyeberang sungai. Petani tu kena bawa satu je barang untuk seberang sungai tu. Barang-barangnya adalah seperti berikut ; 1 guni beras, 1 ekor ayam, 1 ekor musang. So, macam mana petani tersebut nak bawa barang tu.
kalau difikirkan;
1. tinggalkan ayam dengan beras, nanti habis sebab ayam makan beras.
2. tinggalkan musang dengan ayam, nanti dimakan sebab musang makan ayam.
Sya merasakan jawapan ni tersangatlah susah. satu grup Sya tak tahu nak jawab ape >..<
okay sape boleh jawab ? nak jwapan komen bawah ni , dah ade jawapan pon komen lah bawah ni ^^
harap ade respon ^^
kalau tak gamaknya Sya jelah yang jawab. so itu sajelah yang buat mase skrg ni Sya ingat.