Assalamualaikum , aku ada cerita experience aku macam mana aku refund dengan ZALORA MY . Klink ni ---> MY FIRST TIME REFUND WITH ZALORA MY WITHIN 3 DAYS .
Untuk form yang aku nak isi tu aku tak dapat nak screen shot , so kalau nak tengok full untuk penggunaan website daripada ZALORA MY ---> HOW TO EXCHANGE OR REFUND/RETURN.
Entry ni aku tulis , macam mana nak repack supaya , bila kita return tu free sahaja . Yang ni mengikut pengalam berjaya aku 😊
PERINGATAN
Bila kau beli barang daripada ZALORA , bukak secara proper ya , jangan main belasah je bukak and jangan buang 😊 . Sebab kalau kau tak minat dengan barang yang dibeli , kau boleh exhange, refund or return . Option yang ZALORA bagi memang banyak ; sama ada barang yang beli terlalu kecil , besar dll .
Yang dekat atas ni , syarat-syarat yang WAJIB diikuti .
Exchange hanya boleh dilakukan dengan pihak ZALORA sahaja . Refund/ Return pula boleh dilakukan dengan pihak SELLER & ZALORA.
1. Request dekat Laman Web Zalora untuk buat exhange, refund or return . Ingat , lepas request, dalam masa 3 hari kena hantar barang yang nak direturn ya 😉
2. Then, repack balik barang yang kalian dapat dalam tu and letak invoice sekali . Repack la elok-elok dalam parcel asal .
3. Zalora ada sediakan borang warna jingga dalam parcel asal tu . Borang yang ada tulis alamat WAREHOUSE ZALORA . Jadi , isi borang tu .
4. Lepastu pergi dekat Poslaju yang terdekat, amik nombor dan tunggu giliran anda . Bila dah sampai giliran , cakap dengan staf Poslaju , "Nak return barang ZALORA".5. Nanti staf Poslaju bagi borang warna merah jambu . Jadi , isi juga borang itu .
6. Dah isi bagi borang warna jingga, merah jambu dan parcel yang nak return tadi dekat staf itu .
7. Okay , done . Nanti kalian akan diberi makluman daripada pihak ZALORA melalui emel . Tunggu dan sabar 😊 . Rasa macam bimbang ke apa , boleh contact dengan pihak ZALORA sendiri .